30 December 2012

Trip Ke China dan Vietnam Sebelum Ramadhan

Salam sejahtera dan salam satu inspirasi kepada sahabat semua,

Alhamdulillah, Jun merupakan bulan yang paling sibuk untuk saya mengendalikan bisnes borong Vietnam. Permintaan yang amat tinggi untuk ke Saigon sebelum Ramadhan, membuatkan kami membuka satu lagi trip khas buat rakan-rakan bisnes kami. Ia menjadikan 2 kali trip dalam bulan Jun sahaja. WOW! 

Alhamdulillah, rakan bisnes seramai 37 orang untuk satu trip  telah memadamkan rekod sebelumnya. Saya teruja dengan sambutan yang hebat ini. Kebanyakan rakan bisnes kami memborong barangan sebagai persediaan untuk berjualan di bulan Ramadhan. Seperti yang tuan/puan sedia maklum, jualan di bulan Ramadhan menjana keuntungan yang berlipat kali ganda berbanding bulan-bulan lain. Rebutlah peluang yang terbuka ini. 

Lawati laman kami di www.bisnesborongvietnam.com untuk keterangan lanjut mengenai trip ke Saigon, Vietnam.

37 rakan bisnes yang hebat ikut serta!

17 rakan bisnes yang hebat!

Suasana di kedai borong kain!

Pengarah tersohor!

Kreatif!


Hotel baru di District 1...cantik!


Barangan untuk di bawa pulang juga amat banyak. Hampir 30 karton di hantar melalui kapal laut. Saya mendoakan rakan bisnes kami mendapat pulangan keuntungan berlipat kali ganda. Ameen.

Saya menempah hampir 1000 pasang baju kurung untuk jualan borong di Malaysia pada ramadhan nanti. Tempahan biasanya akan mengambil masa sebulan ke 2 bulan  untuk di siapkan (jika kurung bermanik). Jika kurung tanpa manik hanya 2 ke 3 minggu boleh di siapkan untuk kuantiti 300-500 pasang.

Trip saya ke China kali tanpa membawa peserta dan hanya untuk menguruskan tempahan rakan bisnes kami yang mahukan pakaian dan kasut. Trip cuti sekolah sememangnya agak padat dengan pemborong dan pelancong yang berkunjung ke Guangzhou.


Nanfangdasha

ZanXi Lu di awal waktu pagi..aneh kan?

Sifu borong China - Tuan Khairul

Ceri yang amat segar dan lazat!







*Tips Saigon - Passport di galakkan untuk di simpan di kaunter hotel bagi mengelakkan kehilangan jika ada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Hanya bawa kad hotel bersama tuan/puan jika di periksa oleh pihak berkuasa sana. Selamatkah di letakkan di hotel? InsyaAllah selamat.

Sehingga jumpa lagi di bulan Ramadhan!

Saya suka!

-WassalaM-

nikazimi75@gmail.com

APRIL dan MEI- Semakin Rancak Berbisnes


Salam sejahtera semua,

Doa saya semoga sahabat semuanya di rahmati Allah. Agak lama sudah tidak menulis di blog ini di atas kekangan masa. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan untuk menulis kembali.

Trip bulan April dan Mei menghimpunkan seramai 20 rakan bisnes baru kami. Kebanyakannya adalah peniaga kecil-kecilan yang ingin meninjau potensi berbisnes di Saigon. Ada juga yang baru ingin menceburi bidang yang bakal menjanjikan keuntungan lumayan jika kena gayanya. Potensi jualan untuk ramadhan sudah bermula di sini. Ramai peniaga di Malaysia sudah membuat tempahan!


Alumni trip ke Saigon Mei 2012


Alumni trip ke Saigon April 2012





Tempahan baju yang di buat di Vietnam sudah siap beserta dengan label kami. Alhamdulillah,kami berpuashati meskipun kos 'shipping' di Vietnam agak mahal berbanding China. USD 300 (Door to door service) + tax untuk 1 CBM (400 pasang). Jadi kos 'shipping' untuk sehelai baju lebih kurang RM 3.5 -  5. Masih lagi berbaloi.


Tempahan Kurung Chiffon yang telah siap!




"Roti Burger" Vietnam yang sedap!


Label untuk jenama kami "Mawar Merah Collection"




Pintu Gerbang "Russia - Vietnam"


Bulan April juga adalah bulan peperiksaan bagi saya. Semester yang terakhir sebelum saya menamatkan pengajian di Peringkat Sarjana. Sibuk dengan trip, tugasan dan keluarga membuat hidup saya terasa penuh terisi. Saya suka situasi ini. Doakan yang terbaik untuk saya!

Bermain bowling untuk hilangkan tekanan menjelang peperiksaan.


Jumpa lagi! Wassalam.

nikazimi75@gmail.com / Facebook: Nik Azimi Nik Supian @ Butikmawarmerah

1 August 2012

Mac - Menjelajah Negara Kemboja, Vietnam dan China (Bahagian 1)

Salam sejahtera semua,

Doa saya semoga sahabat semuanya di rahmati Allah.

Mac - Bulan yang paling sibuk bagi saya dan Tim Great Minds. Awal Mac kami ke negara Kemboja atau Cambodia untuk meninjau potensi berbisnes di sana. Hmm..nampaknya kebanyakan barangan di sana agak mahal berbanding di Vietnam. Pakaian terpakai atau 'bundle' dan pakaian kanak-kanak yang 'overrun stock' banyak kedapatan dan murah sekali di samping cenderahati yang agak murah dan cantik. Selain dari itu, Kemboja adalah sebuah negara yang sedang melalui proses pembangunan. Bayangkan Malaysia di awal tahun 80an. Itulah Kemboja.

Penjelajahan kami bertumpu kepada mencari komuniti Islam di sana. Alhamdulillah kami berkesempatan untuk bersama-sama dengan komuniti Islam di sana, beramah mesra dan melawat perkampungan Islam dan masjid-masjid di sana.

Makanan halal ada kedapatan di sana seperti D'Wau Restoren, Asmak 81 dan beberapa kedai lagi. Oh ya, KFC di Kemboja adalah halal! Tiada masalah jika tidak menjumpai kedai lain.



Dari lapangan terbang menaiki tut-tut ke hotel

Suasana di pasar malam. Agak meriah dengan kehadiran kelkatu...:)

Matawang Kemboja "Riel" (KHR)

Masjid Hijau di Batu 9, Phnom Penh

Anak-anak Muslim Kemboja

Hebat!

'Etok' ada di jual di Kemboja..

Menyusuri Sungai Mekong dengan feri

Psar Thmei

Masjid di Phnom Penh....seiras Masjid Sultan Salahuddin

Bangunan kerajaan "Putrajaya Kemboja"


Aksesori dari haiwan eksotik

Projek Masjid Baru di Phnom Penh

Seluar 'bundle' amat murah di sana...

10-12 Mac 2012 - Trip Borong ke Saigon kali ini di sertai oleh 15 orang rakan bisnes kami. Rata-rata bertumpu kepada persiapan untuk jualan di bulan ramadhan nanti. Beberapa tempat borong yang biasa kami kunjungi untuk membawa rakan bisnes kami.Berbaloi baloi


 
Makan malam di Restoren Shamsuddin

Timbunan kain ela untuk di pilih..

Menaiki bas ke tempat memborong

29 Mac- 2 April pula saya ke Guangzhou menjadi trainer bersama Tim Great Minds dengan membawa 45 peserta dalam rombongan kami. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.




Wantong - Pusat Memborong Pakaian





Dress ala Korea...untuk Non - Muslim


Berbagai kekacang di jual di Guangzhou

Mesin pemerah limau. Hasilnya..jus limau yang segar!

Alahai...terasa waktu yang berlalu amat pantas sekali. Saya bermohon supaya Allah lapangkan segala urusan dan ibadah kami dengan teratur. Ameen.

Sehingga jumpa lagi di bulan April!

-Wassalam-

NIK

5 May 2012

Februari Yang Tertinggal - Jadual Trip ke Saigon

Salam sejahtera semua,

Di doakan semoga sentiasa di dalam keredhaan Allah. Agak lama saya tidak menulis. Baiklah, trip ke Saigon bersama 15 peserta borong menjadi trip sulung kami di tahun 2012. Alhamdulillah, ia berjalan dengan lancar. Semua rakan niaga kami berpuas hati dengan barang dagangan mereka. Untuk menyertai trip emelkan kepada kami di bisnesborongvietnam@gmail.com.

Sebahagian peserta trip bergambar di Saigon Square
Memilih kain ela di pasar borong

Alumni kami kembali lagi ke Saigon. "Survivor Mode" berjaya!

Info : Hajjah Basiroh telah membuka 'cawangan' baru iaitu kedai berhampiran Pasar Ben Thanh. Juga ada di sediakan makanan dan minuman halal bagi yang memerlukannya. Ada 'pho' atau kopi Vietnam, nasi lemak dan beberapa menu lagi. Harganya amat murah sekitar 3-5 USD sahaja berbanding di Vien Halal. Bolehlah membeli sambil menjamu selera. Kedainya bertentangan dengan Hotel Saigon Pink Blue 2.

Trip kali ini juga, Butik Mawar Merah menempah baju kurung untuk persediaan jualan menjelang hari raya nanti. Tidak banyak, hanya 500 pasang sahaja. Hubungi kami di Facebook "Butik Mawar Merah" atau email kami di nmizan90@yahoo.com untuk tempahan. Kami menawarkan harga borong yang setanding dengan harga belian borong di Vietnam.






InsyaAllah, April nanti ia berada di pasaran atau di Butik Mawar Merah. Antara 'design' terpilih yang bakal menjadi Kurung Chiffon Moden nanti.

Oh ya..kepada sesiapa yang belum pernah melihat duit Vietnam Dong (VND), di sini saya sertakan gambarnya..

Nota : 100,000 VND lebih kurang 5 USD atau RM15~16


Jadual Trip ke Saigon:

21-23 April 2012
19-21 Mei 2012
8-10 Jun 2012
8-10 September 2012

Hubungi kami di  bisnesborongvietnam@gmail.com untuk menyertai trip.
Emel alternatif : nikazimi@yahoo.com atau nmizan90@yahoo.com

Jumpa lagi! Wassalam.

4 January 2012

2012 - Tahun Mencipta Kejayaan

Salam sejahtera sahabat semua,

Tahun 2012 muncul membawa seribu harapan kepada saya untuk di kongsikan. Saya telah memperkenalkan Page di Facebook iaitu "Spongesports Store" dan "Butik Mawar Merah" untuk tujuan promosi produk. Ia di selenggara oleh kami sekeluarga.

Spongesports Store - Menawarkan pakaian sukan dan backpack berjenama (seluar trek, seluar 3/4,baju sukan, beg kamera, beg laptop, beg 'travel', beg mendaki atau tujuan perkhemahan). Tuan/puan boleh klik "LIKE" di Page Facebook untuk mendapatkan diskaun sehingga 50% harga dari kami.



Spongesports Store

 Antara koleksi beg yang terdapat di stor kami.

Jack Wolskin 'Overture' - Murah!

Deuter Panther 55-65
 

Jack Wolfskin 'Perfect Day' - Murah!

 Butik Mawar Merah - Menawarkan koleksi berbagai jenis baju kurung (kosong atau bermanik), jubah, kain ela, telekung yang amat berkualiti tinggi. Juga menyediakan jualan borong untuk perkara yang di nyatakan di atas dengan harga yang amat berpatutan. Mohon klik "LIKE" page ini di Facebook untuk mendapatkan diskaun sehingga 50% dari harga asal produk.


Butik Mawar Merah
Butik Mawar Merah


Semoga tahun 2012 membawa kejayaan kepada kita semua.Ameen!

Hubungi kami untuk mendapatkan mengetahui lebih lanjut tentang produk kami. Dapatkan harga yang menarik dan berbaloi-baloi.  Keterangan lanjut boleh email kami di nikazimi75@gmail.com atau nmizan90@yahoo.com

Kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami. Itu janji kami!

Salam hormat.

-Wassalam-