1 June 2013

GALERI MAWAR MERAH - APRIL - RASMI DI BUKA

Assalamualaikum sahabat semua,

Di doakan senantiasa di dalam rahmat Allah.

Setelah hampir 2 bulan proses renovasi, akhirnya Galeri Mawar Merah bakal di buka dengan rasminya pada 13/04/13.

Alhamdulillah. Siap!


Mohon maaf, kami tidak melakukan upacara rasmi pembukaan atau potong riben. Cukuplah dengan solat hajat dan doa selamat agar bisnes kami memberi keuntungan kepada semua yang terlibat.

Di sini sempat saya rakamkan momen-momen sepanjang kami bertungkus lumus memastikan Galeri di siapkan mengikut jadual.

Ini wajah asal..
Proses renovasi bermula
Kerja,kerja..

75% siap
Bos besar kami...
Pemasangan penyangkut baju
Perabot sudah sampai..terpakai
Tuan Kecil sedang beraksi..
Aksi memunggah barang.Penat..

Cermin yang berat..

Yeayyy..siappp


Inilah produk akhir kami

Terima kasih kepada ahli keluarga khasnya bonda Puan Hasemah dan Wan Limah, ayahanda Nik Supian, isteri tercinta; Puan Normizan, anakanda Alif dan Aidil yang menjadi tulang belakang kekuatan saya dan keluarga.

Bonda Hasemah bersama sanak saudara singgah di galeri


Menyorok ya...:)


Doa dari ibubapa dan ahli keluarga kami serta sahabat handai juga amat kami hargai. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian semua.

Bisnes kami memfokuskan jualan BORONG baju kurung, kain pasang dan telekung. Beberapa produk sampingan juga ada di jual seperti baju sukan, beg pouch, beg sandang dan beg mendaki.


Lawati laman Facebook kami di Butik Mawar Merah dan LIKE untuk mendapat status terkini produk yang di tawarkan. Diskaun khas untuk tuan puan yang LIKE page kami..:)

Doakan ianya menjadi titik tolak perubahan kehidupan kami sekeluarga - menjadi usahawan bertaqwa dalam membantu ekonomi umat Islam juga.

Sehingga bertemu lagi...

-Wassalam-

Nik Azimi Nik Supian (Facebook)
Butik Mawar Merah (Facebook)
nikazimi75@gmail.com

8 April 2013

MAC - Terbang Sepanjang Hujung Minggu...


Assalamualaikum sahabat semua,

Di doakan senantiasa di dalam rahmat Allah.

13-17 Mac 2013 - Guangzhou

Trip ke Guangzhou bersama 35 peserta borong. Cuaca amat nyaman sekali, sekitar 18-20 C. Musim bunga bermula di Guangzhou dan bermulanya koleksi musim baru. Sesuai untuk tuan puan yang mahu memborong kerana banyak desain yang baru muncul.

Alamak! Visa 'Multiple Entry 2 Tahun' saya sudah tamat. Permohonan visa sekarang agak ketat di kedutaan China. Tempahan pergi balik tiket kapal terbang dan pengesahan tempahan Hotel di China perlu di sertakan bagi memohon visa. Kos upah dan visa sekarang adalah RM 100-120 untuk 'single entry'. Bisnes membuat visa juga berbaloi!

Mei mungkin saya ke Guangzhou lagi...trip ke Yiwu pada April berlangsung pada 24-28 April. Pilihanraya pada 27 April?? Hmm...:) 


Sebahagian peserta trip semasa penerangan ringkas sebelum memborong!


Menaiki Metro dari Airport ke Hotel - Seorang Diri...

Cantik Plaza Jam Baru Siap

Pokok Mempelam sedang lebat berbunga...

Musim bunga menjelma...indah!

Riben Polkadot....semuanya riben..

Berbagai jenama beg terkemuka di jual di 'lokasi rahsia'.


Burberry!

Koleksi Kasut kanak kanak

Angsa??


Pulang!!!

23-25 Mac - Saigon

Trip kali ini seramai 25 orang turun memborong ke Saigon. Jatuh pada cuti sekolah, ramai warga Malaysia kelihatan membeli belah di Saigon. Sempat mengambil tempahan baju kurung dan telekung sebanyak 500 pasang untuk pembukaan Galeri Mawar Merah April nanti.Tudung ala Fareeda juga bakal di jual di galeri kami.

Alamat :-
Galeri Mawar Merah
Lot B3, Ground Floor,
Block E, SCAF, KLIA
64000 Sepang, Selangor.

Bersama rakan jemaah dari Peranchis

Gambar kenangan

Masjid Al Rahim

Halal kata member muslim saya dari Vietnam

Daging itik rebus bersama pencicah..lupa namanya..sedap!!

Suami Hajah Basiroh - bawa saya solat di Masjid Al Rahim
Bersama peserta borong
Sijil Halal Restoren Kampung Melayu

Butik baru di buka!

Butik baru!!

Antara koleksi baju dan tudung terkini!


30 Mac - 1 April - Newcastle

Balik kampung melawat keluarga serta berjumpa dengan rakan bisnes membincangkan projek hari raya nanti! Doakan.

Butik Tuan Saufil dan isteri bakal di buka di Cabang 3, Pengkalan Chepa













-Wassalam-
Nik Azimi Nik Supian (Facebook)
Butik Mawar Merah (Facebook)
nikazimi75@gmail.com

21 February 2013

Projek..Projek..Projek..

Assalamualaikum tuan puan yang di muliakan,

Di doakan semuanya di dalam rahmat Allah sentiasa. Ameen.

Tahun 2013 merupakan tahun yang penuh dengan impian yang harus di realisasikan dengan lebih jayanya.

Bermula dengan pembukaan rasmi Galeri Mawar Merah pada bulan Mac 2013 di SCAF, KLIA, Kursus Borong yang pertama di Singapura, Trip ke Yiwu dan satu projek 'rahsia' yang bakal mengubah landskap kehidupan saya serta Tim Great Minds.

Galeri Mawar Merah - Proses renovasi sedang giat di jalankan. Di doakan segala urusan di permudahkan Allah. Kami akan menjemput tuan puan semua berkunjung ke Galeri kami pada bulan Mac nanti. Tunggu jemputan kami ya..:)

Merah bermaksud BERANI

Cantik tak bilik persalinan untuk pelanggan?

Cat Untuk Lapisan Terakhir

Kursus Borong Di Singapura - Alhamdulillah, kami di Tim Great Minds menerima pelawaan daripada warga Singapura untuk mengadakan Kursus Borong di sana bermula Februari nanti. 'Preview' kursus sudah berlangsung minggu lepas. Doakan ia menjadi realiti..

Peserta Kursus Borong Singapura

Trip ke Yiwu, China - Penghujung bulan April 2013 bakal mencatat satu lagi sejarah buat Tim Great Minds apabila trip borong 5H4M ke Yiwu  di buka kepada semua bakal pemborong. Hampir 62,000 kedai borong yang terdapat di Yiwu untuk di terokai oleh rakan bisnes kami nanti. Hubungi kami di emel bisnesborongchina@gmail.com untuk pertanyaan lanjut mengenai trip ini.Kami suka!

Inilah tarikh penerbangan trip ke Yiwu

Projek 'rahsia'- InsyaAllah saya akan kongsikan apabila tiba saat dan ketikanya. Saya percaya ia menjadi signifikan kepada bisnes kami yang memfokuskan agar usahawan borong memborong terus daripada sumber. Doakan kejayaan projek "rahsia" ini...

Musim bunga yang menawan...tapi di mana ya?
Semua peluang dan rezeki yang terhidang adalah kurniaan Allah semata-mata. Kita sebagai insan yang lemah harus sentiasa mensyukuri atas segala nikmat yang di berikan. Usaha gigih dan berani menghadapi cabaran adalah resepi untuk berjaya.

Rakan Bisnes Trip Januari 2013



 Rakan Bisnes Trip Februari 2013

Katakan 'Berani 2013'!

-Wassalam-
nik azimi nik supian / Butik Mawar Merah (Facebook)
nikazimi75@gmail.com / bisnesborongvietnam@gmail.com (emel)


13 January 2013

BERANI BISNES 2013!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi di atas kurniaan rezeki yang sentiasa mengalir. Di doakan tuan puan juga sentiasa di dalam kerahmatan Allah sentiasa. Ameen.

Perkongsian BERANI BISNES 2013 untuk tuan puan yang sedang mencari sesuatu yang boleh merubah hidup kita:

1. RANCANG dengan sempurna setiap strategi bisnes kita di tahun 2013 ini. Perancangan yang rapi pasti membuahkan hasil yang setimpal. 
* Harus di ingat, perancangan Allah sentiasa yang terbaik. Selalulah melibatkan Allah dalam setiap perancangan bisnes kita kerana Allah adalah rakan kongsi yang tidak pernah LELAP.

2.  FOKUS dengan apa yang di rancang, InsyaAllah berjaya. Kata kunci : FOKUS, FOKUS dan FOKUS!!

3. BERTINDAK SEGERA- Semakin lama tuan puan bertangguh, semakin lambat kejayaan menyusul. Ayuh kita bertindak! Bila? SEKARANG!

4. Pilih dan dampingi MENTOR yang sudah terbukti berjaya. Dengan tunjuk ajar mentor kita, segalanya nampak bercahaya di hadapan. Hanya benarkan aura positif mengelilingi kita, ingat...sentiasa POSITIF!

Rumah Impian kita semua..


Januari 2013 - Saya menerima surat tawaran untuk membuka Galeri Mawar Merah di kawasan Lapangan Terbang LCCT, Klia. Alhamdulillah. InsyaAllah proses kemasukan ke galeri sedang giat di jalankan. Mohon doa tuan puan semua agar urusan ini di permudahkan.


Pemilik Galeri Mawar Merah melakukan tinjauan lokasi


Trip ke Saigon berlangsung seperti biasa pada 26-28 Januari 2013. Bulan untuk merancang strategi dan melihat potensi berbisnes di Saigon. Buku "Panduan Memborong di Vietnam" hasil tulisan Tuan Muhammad Nizar Jamaludin & Puan Nur Hafizah Shaarani terbitan PTS mungkin boleh membantu tuan puan untuk gambaran bisnes di Vietnam.

Trip bulan hadapan adalah pada 16-18 Februari 2013. Hubungi saya andai berminat meneroka bisnes di Vietnam di emel :  bisnesborongvietnam@gmail.com

Di sertakan jadual trip ke Saigon pada tahun 2013untuk rujukan tuan puan.

  1. 26-28 Januari 2013
  2. 16-18 Februari 2013
  3. 23-25 Mac 2013 (Cuti Sekolah)
  4. 20-22 April 2013
  5. 25-27 Mei 2013 (Cuti Sekolah)
  6. 7-9hb Jun 2013 (Cuti Sekolah)
  7. 29hb Jun - 1hb Julai 2013

Trip ke Guangzhou 2013:
  1. 10-14 Januari 2013
  2. 14-18 Mac 2013 (Cuti Sekolah)
  3. 4-8 April 2013
  4. 9-13 Mei 2013
  5. 30 Mei - 3 Jun 2013 (Cuti Sekolah)
  6. 29 Ogos - 2 September 2013

Apa pandangan tuan puan jika pakaian jubah juga lelaki di jual di Galeri Mawar Merah nanti? Bagaimana pula dengan kain ela? Saya bercadang meninjau potensi baru berbisnes...:)

Jenama Al Haramain : Photo Kredit Tuan Azam


Jenama Al Haramain : Photo Kredit Tuan Azam



Sesuai tak?..:)



Oh ya! Kelas asas teknik menjahit baju berjaya di kendalikan oleh Puan Mawar Merah di Taiping, Perak pada 29 December 2012. InsyaAllah kelas susulan bakal menyusul sepanjang tahun 2013. Hubungi kami jika tuan puan mahu belajar menjahit dengan teknik yang betul. Berani?

Di sinilah tempatnya!


Bersama pelajar...


Tinggalkan komen tuan puan di bawah atau emelkan di nikazimi75@gmail.com andai ada sebarang persoalan.

Hingga jumpa lagi!

-Wassalam-

Tips #1 2013 - Cuaca di Guangzhou pada Disember - Februari agak sejuk, sekitar 6- 12 C. Sediakan jaket tebal, topi,sarung tangan dan mafla untuk mengelakkan kesejukan. ;)