31 December 2011

Sorotan Aktiviti Tahun 2011


Salam sejahtera kepada sahabat semua.

Alhamdulillah, pejam celik, kita sudah menghampiri tahun baru 2012. Di doakan semoga segala perancangan tahun 2011 berjalan seperti yang di rancang.InsyaAllah.

Tahun ini amatlah signifikan kepada saya dalam mengendalikan trip untuk Bisnes Borong Vietnam. Bersama Tim Great Minds, destinasi baru Vietnam di buka untuk trip pada Jun 2011. Usai berakhirnya tahun 2011, sebanyak 6 trip telah berjaya di laksanakan dengan 63 para usahawan telah menjejakkan kaki ke Saigon bagi meninjau potensi bisnes atau mengembangkan lagi bisnes mereka. Di doakan semoga sukses semuanya.



Trip terakhir berlangsung pada 24-26 Disember 2011
 

  Layari http://www.bisnesborongvietnam.com/ andai berminat menyertai trip bersama saya dan Tim Great Minds! Trip ke Saigon seterusnya adalah pada 4-6 Februari 2012. Jom ke Saigon!

Potensi perniagaan borong amatlah BESAR! Rebutlah peluang ini bersama saya untuk meneroka bandar Saigon (Ho Chi Minh). InsyaAllah berbaloi.

Hubungi saya di Facebook Nik Azimi Nik Supian atau laman kami di http://www.bisnesborongvietnam.com/ untuk keterangan lanjut.

Semoga kedatangan 2012 memberi impak yang lebih lagi kepada kita semua. Insya-Allah.

Sekian.Kami suka!

Wassalam

31 July 2011

Salam Ramadhan dan Trip ke Saigon (Julai 2011)

Assalamualaikum sahabat semua,

Mohon maaf kerana agak lama saya tidak menulis entri terutama untuk bulan Julai ini kerana mungkin kerana faktor kesibukan dan 'kemalasan'. Terlebih dahulu, syukur kepada Allah saya panjatkan kerana dengan izinNya saya bertemu lagi dengan bulan Ramadhan yang mulia ini. Kepada semua sahabat, selamat berpuasa saya ucapkan yang akan kita tempuhi bermula pada 1hb Ogos 2011 (esok).

Trip ke Saigon pada bulan Julai telah berlangsung pada 9-11 Julai dan 28-30 Julai 2011. Seramai 12 rakan bisnes yang menyertai trip ini. Trip dalam skala kecil (iaitu 6 orang per trip) amat mudah untuk di uruskan berbanding dengan trip yang ramai (melebihi 20 orang).


Bergambar di Taka Plaza

Memborong di Mai Saigon. Jom masuk!

Makan malam di VN Halal

Antara koleksi terkini di butik yang di kunjungi

Jubah kaftan yang semakin di minati ramai

Lautan baju kurung untuk di pilih!


'Packing time'!

Kanak-kanak mengaji di Surau Nourul Ehsan

Surau Nourul Ehsan di Saigon

Untuk trip kali ini kami (Great Minds) membawa rakan bisnes kami ke tempat- tempat borong seperti di Pasar Bienh Than, Russian Market, butik-butik pakaian muslimah serta beberapa tempat borong yang tidak kurang hebatnya. Trip pada 9-11 Julai, kebanyakan rakan bisnes kami banyak memborong pakaian muslimah seperti tudung, baju kurung, telekung, baju kanak-kanak dan berbagai barangan lagi. Kali ini kami menggunakan pengangkutan udara untuk menghantar barangan kami ke Malaysia. Hanya mengambil masa 2 ke 3 hari sahaja untuk sampai ke Malaysia (perkhidmatan pintu ke pintu) walaupun rakan bisnes kami ada yang tinggal sejauh di Bintulu, Sarawak.



Trip yang terakhir sebelum Ramadhan adalah pada 28-30 Julai 2011. Trip yang lebih kepada membeli belah untuk menyambut hari raya pada mulanya tetapi ia berakhir dengan membeli belah dengan amat 'sakan' sekali. Saya suka! Sebanyak 150kg di bawa bersama ke Malaysia oleh rakan-rakan bisnes kami. Antara tempat-tempat baru yang di terokai adalah barangan aksesori basikal, beg dan lain-lain lagi. Walaupun agak jauh dari District 1, tetapi agak berbaloi. Sempat juga kami bersembahyang Jumaat di Masjid di sekitar Ward 12, Saigon. Ramai juga orang islam daripada komuniti melayu Champa tinggal di sini. Kali ini kami mencuba makan di Restoren Halal Saigon pula. Makanannya amat sedap sekali dan telur dadarnya adalah amat unik (mesti cuba). Kami makan durian serta di hidangkan dengan budu, ya budu oleh tuan rumah yang kami kunjungi. Jangan terkejut semua, di Vietnam juga ada budu!


Ada budu di hidangkan. Saya teruja!

Makan tengahari di Halal Saigon

Bersama askar-askar Vietnam di Tugu Ho Chi Minh
Uniknya kabel elektrik dan telefon di Saigon
Baju 'paintball' juga ada di Saigon!
Puan Normizan di Tugu Ho Chi Minh

Antara koleksi beg yang di borong!





Walaupun semasa pulang kami di tahan kastam Malaysia, tetapi semuanya berpuashati dengan barangan yang di perolehi. Insya-Allah trip kami yang seterusnya adalah pada 24-26 September 2011.

Sehingga berjumpa lagi di lain waktu.

Salam Ramadhan!

Wassalam.

16 June 2011

Trip ke Saigon,Vietnam

Assalamualaikum sahabat yang di rahmati Allah semua,

Alhamdulillah trip memborong ke Saigon pada minggu lepas telah berjaya mengumpulkan seramai 18 orang rakan bisnes. Kami menginap  selama 3 Hari 2 Malam di Hotel An Tam yang lokasinya hanya seminit perjalanan ke pasar Ben Than. Di temani 3 orang trainer yang berpengalaman luas, rakan bisnes di bawa ke merata tempat memborong mengikut kemahuan dan target bisnes mereka.
Tempat yang 'wajib' bagi rakan bisnes kami adalah Pasar Ben Thanh, Butik pakaian, Kedai Hajjah Basiroh, Cholon Market dan banyak lagi. Kebanyakan rakan bisnes yang rata-ratanya kali pertama berkunjung ke Vietnam telah mencuba skil 'tawar menawar' masing-masing. Ada yang mendapat harga yang rendah namun ada juga yang membayar dengan harga 'biasa' sahaja. Jadi, skil ini masih perlu di asah lagi.
Sebelah malamnya kami menikmati makan malam di Restoren Vien Halal dan Restoren Shamsuddin yang masakannya memenuhi selera rakan-rakan bisnes kami. Selesai menjamu selera, kami kembali 'bershopping' di Night Market sehingga lewat malam.

Antara barangan yang sempat di borong adalah seperti baju kurung bermanik, kain pasang, telekung, jubah moden, beg kembara dan lain-lain lagi. Semua barang rakan-rakan bisnes dimana barang mereka terlebih muatan telah di hantar melalui kargo (laut) ke Malaysia di mana penghantarannya hanya mengambil masa paling lewat 2 minggu.

Baju Kurung Bermanik RM 130
                                                           
   Jubah Moden RM 60


Jubah Moden RM 60

Beg North Face Original RM 130

Beg North Face 'Surge' Original RM 130

Beg North Face Isian 80Liter RM 170

Beg North Face 'Heckler' Original RM 135

Saya berharap semoga semua rakan bisnes kami gembira dan telah menemui barangan yang di hajati. Doa saya semoga rakan bisnes semua mendapat keredhaan Allah dengan setiap bisnes yang mereka lakukan. Insyaallah.

Trip saya bersama Great Minds ke Saigon yang seterusnya  adalah pada 9hb - 11hb Julai 2011. Jom sertai kami memborong ke Vietnam. Rasailah pengalaman sendiri berurusan dengan peniaga di sana dan dapatkan keuntungan maksimum dengan mendapatkan bekalan terus dari Vietnam.

Saya bersama Great Minds Training and Consultancy juga mengendalikan kursus borong Vietnam pada hari Ahad, 19hb Jun nanti di Dewan Ainon Mohd, Wangsa Maju jam 2-6 petang. Segala tips dan penerangan mengenai bisnes borong akan di kupas di dalam kursus kami nanti. Lakukan persediaan awal sebelum turun padang agar tidak terkapai-kapai bila berada di sana nanti.

Salam hormat dari saya. Saya tunjukkan jalan, sahabat yang tentukan arah tuju!

Wassalam.

6 June 2011

Trip Memborong ke Saigon, Vietnam

Assalamualaikum sahabat semua,

Bulan Jun merupakan bulan di mana satu catatan sejarah buat saya bersama rakan bisnes; G Minds Group kerana telah melancarkan satu destinasi borong yang baharu iaitu Saigon, Vietnam! Ya, Saigon,Vietnam. Trip pertama kami yang bakal berlangsung pada 11hb - 13hb Jun ini akan di sertai seramai 20 rakan bisnes yang buat julung kalinya bersama trip ini. Rakan bisnes kami akan di temani dengan 3 orang 'trainer' yang berpengalaman membimbing mereka semasa di Saigon nanti.

 
Dua beradik yang bakal mengegar dunia bisnes borong!
Apa ada di Vietnam? Ya, persoalan itu sering kali di tanya oleh rakan bisnes atau mereka yang ingin meneroka peluang perniagaan di sana. Izinkan saya berkongsi dengan sahabat semua tentang Bandar Saigon atau juga di kenali sebagai Bandar Ho Chi Minh; bandar yang sedang membangun pesat dan menjadi tumpuan pelancong dan pemborong.


Kesibukan di kota metropolitan Saigon
Kenapa Saigon? Kerana terdapat banyak peluang perniagaan yang di tawarkan di sini. Saigon terkenal dengan pakaian untuk wanita seperti telekung, tudung, baju kurung bermanik, jubah, kain sutera Vietnam, kain 'cotton' dan banyak lagi. Pendek kata ianya memang syurga membeli belah untuk kaum wanita.


Stok pakaian wanita di Butik Mai Saigon


Pakaian kebangsaan Vietnam
Untuk kaum lelaki? Terdapat beberapa pilihan barangan sesuai untuk lelaki seperti baju dan seluar berjenama seperti Adidas, Nike, Timberland, Abercrombie, Gap, Guess, Callaway dan lain-lain. Berbagai jenama 'backpack' yang sesuai di bawa ke pejabat atau mendaki gunung seperti Deuter, North Face, High Sierra, Jack Wolfskin dan banyak lagi. Semua ini di datangkan dengan harga yang amat berpatutan.


Koleksi 'backpack' di Bagvina
Tempat memborong di Saigon? "A Must Visit" adalah Pasar Ben Thanh, Bien Thay, Saigon Square, Russian Market dan butik-butik menjual pakaian wanita seperti Mai Saigon, Minh dan lain-lain. Semua tempat ini merupakan kawasan membeli belah kepada para pelancong dan pemborong terutamanya orang Malaysia. Jangan lupa 'Night Market' yang hanya terletak beberapa meter sahaja dari tempat hotel kami menginap. Macam-macam ada!

Cho Binh Tay

Choi Ben Thanh



Peniaga di sana yang amat mesra belaka

Makanan Halal? Tiada masalah langsung. Terdapat lebih kurang 5 restoren makanan halal di Vietnam seperti Vien Halal, Bombay Restaurant dan beberapa restoren berdekatan dengan Masjid Vietnam.

Kami berharap rakan niaga kami akan mendapat semua barangan yang di hajati untuk memulakan perniagaan mereka! Hubungi saya melalui email nikazimi@yahoo.com atau bisnesborongvietnam.com atau di Facebook; Nik Azimi Nik Supian atau Great Minds Training and Consultancy.

Kita jumpa di Saigon!

-Wassalam-

Di sini bermulanya 'survivor mode'


Untuk kelainan boleh mencuba membonceng motosikal juga

 
   

14 May 2011

Trip Memborong ke Guangzhou

Assalamualaikum sahabat,

Semoga sahabat-sahabat semua berada di bawah rahmat dan hidayah Allah selalu dan di kurniakan rezeki yang melimpah-ruah! InsyaAllah pada penghujung bulan Mei ini saya bersama rakan niaga dan bakal pemborong akan bertandang lagi ke Guangzhou. Rombongan seramai lebih 10 orang pemborong akan bertolak dari LCCT dengan menaiki penerbangan Air Asia. Antara barangan yang akan di cari dan bakal di borong nanti adalah:

1.Kain sutera China yang mendapat sambutan hangat ketika jualan lepas,
Design yang mendapat sambutan!

Cantik dan menawan!
Cantik! Rambang mata di buatnya...


 Sutera China dengan berbagai corak dan warna.

2.Kain 'cotton' yang berbagai corak yang menarik dan cantik!


Cotton China dengan corak yang cantik!

Cotton China yang menarik!
3.Peralatan jahitan dan 'kristal iron on',
4.Manik untuk aksesori baju dan tudung yang amat murah!
5.Quran Digital Pen yang semakin mendapat sambutan hangat pembeli!
6.Aksesori untuk aktiviti berbasikal seperti 'gadget-gadget' dan pakaian.
7.Melawat IKEA di Guangzhou; khabarnya sesetengah barangan di sana lebih murah berbanding IKEA Malaysia. Tidak sabar rasanya....

Kepada sesiapa yang berminat untuk menempah barangan di atas bolehlah hubungi saya di email nikazimi@yahoo.com atau layari Facebook saya, Nik Azimi Nik Supian untuk perbincangan lanjut.

Sekadar berkongsi info,

Tambang teksi di Guangzhou akan naik dalam masa terdekat ini iaitu daripada 7 Yuan kepada 10 Yuan. Saya mengalakkan kepada rakan pemborong supaya belajar menggunakan perkhidmatan keretapi Metro yang sememangnya amat MURAH dan JIMAT! Skil ini jika dapat di kuasai akan menjimatkan lagi belanja ketika berada di Guangzhou. Manakala cuaca di Guangzhou sekarang adalah tidak menentu (cerah dan hujan dalam sehari) dan suhunya kira-kira 24 C. Tidak lupa, daging kambing panggang di Guangzhou adalah TERBAIK! Saya suka!

Doakan semoga perjalanan trip kali ini akan mendapat keberkatan dan di permudahkan oleh Allah serta menemui hasil borongan yang di impikan.

Gambar-gambar trip yang lepas pada bulan April. Sehingga bertemu lagi di lain waktu.

Wassalam!

Makan malam di Restoren SABA
Bersama rakan bisnes di depan Restoren SABA
 
Bersiar-siar bersama rakan bisnes di Beijing Lu

Barangan English Collection yang terdapat di Guangzhou

                                         Canton Tower yang harus di lawati di Guangzhou

18 April 2011

Mulanya Di Sini....Langkah Pertama

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bismillahirrahmanirrahim..

Pertama sekali, syukur ke hadrat Illahi di atas lahirnya blog "Empayar Bisnes Nik Azimi". Blog ini terhasil setelah saya merasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman yang di tempuh sepanjang mengendalikan bisnes borong di China dan Vietnam selama bertahun-tahun. Dengan rasa rendah hati saya membuka blog ini untuk berkongsi pendapat, kisah, pengalaman serta bisnes yang melibatkan perniagaan borong untuk Muslim khasnya dan seluruh peniaga amnya.

Sebarang pertanyaan, cadangan dan pendapat teman-teman amatlah di alu-alukan untuk meningkatkan lagi kualiti input hasil yang di hidangkan. Emailkan kepada saya untuk sebarang persoalan atau jika ingin membuat pesanan barangan di Guangzhou atau Saigon di nikazimi75@gmail.com atau di Facebook; Nik Azimi Nik Supian.

Salam hormat dari saya.

-Wassalam-


Survivor Trip Ke Hong Kong


Di Kowloon Park



  



 
Nik Nur Muhammad Alif

Nik Muhammad Aidil Iman


Dua beradik yang amat rapat


Normizan Mohamad

Di Butik Coach Hong Kong