16 June 2011

Trip ke Saigon,Vietnam

Assalamualaikum sahabat yang di rahmati Allah semua,

Alhamdulillah trip memborong ke Saigon pada minggu lepas telah berjaya mengumpulkan seramai 18 orang rakan bisnes. Kami menginap  selama 3 Hari 2 Malam di Hotel An Tam yang lokasinya hanya seminit perjalanan ke pasar Ben Than. Di temani 3 orang trainer yang berpengalaman luas, rakan bisnes di bawa ke merata tempat memborong mengikut kemahuan dan target bisnes mereka.
Tempat yang 'wajib' bagi rakan bisnes kami adalah Pasar Ben Thanh, Butik pakaian, Kedai Hajjah Basiroh, Cholon Market dan banyak lagi. Kebanyakan rakan bisnes yang rata-ratanya kali pertama berkunjung ke Vietnam telah mencuba skil 'tawar menawar' masing-masing. Ada yang mendapat harga yang rendah namun ada juga yang membayar dengan harga 'biasa' sahaja. Jadi, skil ini masih perlu di asah lagi.
Sebelah malamnya kami menikmati makan malam di Restoren Vien Halal dan Restoren Shamsuddin yang masakannya memenuhi selera rakan-rakan bisnes kami. Selesai menjamu selera, kami kembali 'bershopping' di Night Market sehingga lewat malam.

Antara barangan yang sempat di borong adalah seperti baju kurung bermanik, kain pasang, telekung, jubah moden, beg kembara dan lain-lain lagi. Semua barang rakan-rakan bisnes dimana barang mereka terlebih muatan telah di hantar melalui kargo (laut) ke Malaysia di mana penghantarannya hanya mengambil masa paling lewat 2 minggu.

Baju Kurung Bermanik RM 130
                                                           
   Jubah Moden RM 60


Jubah Moden RM 60

Beg North Face Original RM 130

Beg North Face 'Surge' Original RM 130

Beg North Face Isian 80Liter RM 170

Beg North Face 'Heckler' Original RM 135

Saya berharap semoga semua rakan bisnes kami gembira dan telah menemui barangan yang di hajati. Doa saya semoga rakan bisnes semua mendapat keredhaan Allah dengan setiap bisnes yang mereka lakukan. Insyaallah.

Trip saya bersama Great Minds ke Saigon yang seterusnya  adalah pada 9hb - 11hb Julai 2011. Jom sertai kami memborong ke Vietnam. Rasailah pengalaman sendiri berurusan dengan peniaga di sana dan dapatkan keuntungan maksimum dengan mendapatkan bekalan terus dari Vietnam.

Saya bersama Great Minds Training and Consultancy juga mengendalikan kursus borong Vietnam pada hari Ahad, 19hb Jun nanti di Dewan Ainon Mohd, Wangsa Maju jam 2-6 petang. Segala tips dan penerangan mengenai bisnes borong akan di kupas di dalam kursus kami nanti. Lakukan persediaan awal sebelum turun padang agar tidak terkapai-kapai bila berada di sana nanti.

Salam hormat dari saya. Saya tunjukkan jalan, sahabat yang tentukan arah tuju!

Wassalam.

1 comment:

  1. Pada bulan ramadhan adakah kedai mknn halal yg d buka

    ReplyDelete