Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Trip ke Guangzhou 2013:
Apa pandangan tuan puan jika pakaian jubah juga lelaki di jual di Galeri Mawar Merah nanti? Bagaimana pula dengan kain ela? Saya bercadang meninjau potensi baru berbisnes...:)
Tinggalkan komen tuan puan di bawah atau emelkan di nikazimi75@gmail.com andai ada sebarang persoalan.
Hingga jumpa lagi!
-Wassalam-
Tips #1 2013 - Cuaca di Guangzhou pada Disember - Februari agak sejuk, sekitar 6- 12 C. Sediakan jaket tebal, topi,sarung tangan dan mafla untuk mengelakkan kesejukan. ;)
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi di atas kurniaan rezeki yang sentiasa mengalir. Di doakan tuan puan juga sentiasa di dalam kerahmatan Allah sentiasa. Ameen.
Perkongsian BERANI BISNES 2013 untuk tuan puan yang sedang mencari sesuatu yang boleh merubah hidup kita:
1. RANCANG dengan sempurna setiap strategi bisnes kita di tahun 2013 ini. Perancangan yang rapi pasti membuahkan hasil yang setimpal.
* Harus di ingat, perancangan Allah sentiasa yang terbaik. Selalulah melibatkan Allah dalam setiap perancangan bisnes kita kerana Allah adalah rakan kongsi yang tidak pernah LELAP.
2. FOKUS dengan apa yang di rancang, InsyaAllah berjaya. Kata kunci : FOKUS, FOKUS dan FOKUS!!
3. BERTINDAK SEGERA- Semakin lama tuan puan bertangguh, semakin lambat kejayaan menyusul. Ayuh kita bertindak! Bila? SEKARANG!
4. Pilih dan dampingi MENTOR yang sudah terbukti berjaya. Dengan tunjuk ajar mentor kita, segalanya nampak bercahaya di hadapan. Hanya benarkan aura positif mengelilingi kita, ingat...sentiasa POSITIF!
Rumah Impian kita semua.. |
Januari 2013 - Saya menerima surat tawaran untuk membuka Galeri Mawar Merah di kawasan Lapangan Terbang LCCT, Klia. Alhamdulillah. InsyaAllah proses kemasukan ke galeri sedang giat di jalankan. Mohon doa tuan puan semua agar urusan ini di permudahkan.
Pemilik Galeri Mawar Merah melakukan tinjauan lokasi |
Trip ke Saigon berlangsung seperti biasa pada 26-28 Januari 2013. Bulan untuk merancang strategi dan melihat potensi berbisnes di Saigon. Buku "Panduan Memborong di Vietnam" hasil tulisan Tuan Muhammad Nizar Jamaludin & Puan Nur Hafizah Shaarani terbitan PTS mungkin boleh membantu tuan puan untuk gambaran bisnes di Vietnam.
Trip bulan hadapan adalah pada 16-18 Februari 2013. Hubungi saya andai berminat meneroka bisnes di Vietnam di emel : bisnesborongvietnam@gmail.com .
Di sertakan jadual trip ke Saigon pada tahun 2013untuk rujukan tuan puan.
- 26-28 Januari 2013
- 16-18 Februari 2013
- 23-25 Mac 2013 (Cuti Sekolah)
- 20-22 April 2013
- 25-27 Mei 2013 (Cuti Sekolah)
- 7-9hb Jun 2013 (Cuti Sekolah)
- 29hb Jun - 1hb Julai 2013
Trip ke Guangzhou 2013:
- 10-14 Januari 2013
- 14-18 Mac 2013 (Cuti Sekolah)
- 4-8 April 2013
- 9-13 Mei 2013
- 30 Mei - 3 Jun 2013 (Cuti Sekolah)
- 29 Ogos - 2 September 2013
Apa pandangan tuan puan jika pakaian jubah juga lelaki di jual di Galeri Mawar Merah nanti? Bagaimana pula dengan kain ela? Saya bercadang meninjau potensi baru berbisnes...:)
Jenama Al Haramain : Photo Kredit Tuan Azam |
Jenama Al Haramain : Photo Kredit Tuan Azam |
Sesuai tak?..:) |
Oh ya! Kelas asas teknik menjahit baju berjaya di kendalikan oleh Puan Mawar Merah di Taiping, Perak pada 29 December 2012. InsyaAllah kelas susulan bakal menyusul sepanjang tahun 2013. Hubungi kami jika tuan puan mahu belajar menjahit dengan teknik yang betul. Berani?
Di sinilah tempatnya! |
Bersama pelajar... |
Tinggalkan komen tuan puan di bawah atau emelkan di nikazimi75@gmail.com andai ada sebarang persoalan.
Hingga jumpa lagi!
-Wassalam-
Tips #1 2013 - Cuaca di Guangzhou pada Disember - Februari agak sejuk, sekitar 6- 12 C. Sediakan jaket tebal, topi,sarung tangan dan mafla untuk mengelakkan kesejukan. ;)
No comments:
Post a Comment