5 May 2012

Februari Yang Tertinggal - Jadual Trip ke Saigon

Salam sejahtera semua,

Di doakan semoga sentiasa di dalam keredhaan Allah. Agak lama saya tidak menulis. Baiklah, trip ke Saigon bersama 15 peserta borong menjadi trip sulung kami di tahun 2012. Alhamdulillah, ia berjalan dengan lancar. Semua rakan niaga kami berpuas hati dengan barang dagangan mereka. Untuk menyertai trip emelkan kepada kami di bisnesborongvietnam@gmail.com.

Sebahagian peserta trip bergambar di Saigon Square
Memilih kain ela di pasar borong

Alumni kami kembali lagi ke Saigon. "Survivor Mode" berjaya!

Info : Hajjah Basiroh telah membuka 'cawangan' baru iaitu kedai berhampiran Pasar Ben Thanh. Juga ada di sediakan makanan dan minuman halal bagi yang memerlukannya. Ada 'pho' atau kopi Vietnam, nasi lemak dan beberapa menu lagi. Harganya amat murah sekitar 3-5 USD sahaja berbanding di Vien Halal. Bolehlah membeli sambil menjamu selera. Kedainya bertentangan dengan Hotel Saigon Pink Blue 2.

Trip kali ini juga, Butik Mawar Merah menempah baju kurung untuk persediaan jualan menjelang hari raya nanti. Tidak banyak, hanya 500 pasang sahaja. Hubungi kami di Facebook "Butik Mawar Merah" atau email kami di nmizan90@yahoo.com untuk tempahan. Kami menawarkan harga borong yang setanding dengan harga belian borong di Vietnam.






InsyaAllah, April nanti ia berada di pasaran atau di Butik Mawar Merah. Antara 'design' terpilih yang bakal menjadi Kurung Chiffon Moden nanti.

Oh ya..kepada sesiapa yang belum pernah melihat duit Vietnam Dong (VND), di sini saya sertakan gambarnya..

Nota : 100,000 VND lebih kurang 5 USD atau RM15~16


Jadual Trip ke Saigon:

21-23 April 2012
19-21 Mei 2012
8-10 Jun 2012
8-10 September 2012

Hubungi kami di  bisnesborongvietnam@gmail.com untuk menyertai trip.
Emel alternatif : nikazimi@yahoo.com atau nmizan90@yahoo.com

Jumpa lagi! Wassalam.

1 comment:

  1. kain polka dot tu mcm yg aku beli kat umang2 jln TAR je.... hek hek hek...

    ReplyDelete