Semoga sahabat-sahabat semua berada di bawah rahmat dan hidayah Allah selalu dan di kurniakan rezeki yang melimpah-ruah! InsyaAllah pada penghujung bulan Mei ini saya bersama rakan niaga dan bakal pemborong akan bertandang lagi ke Guangzhou. Rombongan seramai lebih 10 orang pemborong akan bertolak dari LCCT dengan menaiki penerbangan Air Asia. Antara barangan yang akan di cari dan bakal di borong nanti adalah:
1.Kain sutera China yang mendapat sambutan hangat ketika jualan lepas,
Design yang mendapat sambutan! |
Cantik dan menawan! |
Cantik! Rambang mata di buatnya... |
Sutera China dengan berbagai corak dan warna. |
2.Kain 'cotton' yang berbagai corak yang menarik dan cantik!
Cotton China dengan corak yang cantik! |
Cotton China yang menarik! |
4.Manik untuk aksesori baju dan tudung yang amat murah!
5.Quran Digital Pen yang semakin mendapat sambutan hangat pembeli!
6.Aksesori untuk aktiviti berbasikal seperti 'gadget-gadget' dan pakaian.
7.Melawat IKEA di Guangzhou; khabarnya sesetengah barangan di sana lebih murah berbanding IKEA Malaysia. Tidak sabar rasanya....
Kepada sesiapa yang berminat untuk menempah barangan di atas bolehlah hubungi saya di email nikazimi@yahoo.com atau layari Facebook saya, Nik Azimi Nik Supian untuk perbincangan lanjut.
Sekadar berkongsi info,
Tambang teksi di Guangzhou akan naik dalam masa terdekat ini iaitu daripada 7 Yuan kepada 10 Yuan. Saya mengalakkan kepada rakan pemborong supaya belajar menggunakan perkhidmatan keretapi Metro yang sememangnya amat MURAH dan JIMAT! Skil ini jika dapat di kuasai akan menjimatkan lagi belanja ketika berada di Guangzhou. Manakala cuaca di Guangzhou sekarang adalah tidak menentu (cerah dan hujan dalam sehari) dan suhunya kira-kira 24 C. Tidak lupa, daging kambing panggang di Guangzhou adalah TERBAIK! Saya suka!
Doakan semoga perjalanan trip kali ini akan mendapat keberkatan dan di permudahkan oleh Allah serta menemui hasil borongan yang di impikan.
Gambar-gambar trip yang lepas pada bulan April. Sehingga bertemu lagi di lain waktu.
Wassalam!
Makan malam di Restoren SABA |
Bersama rakan bisnes di depan Restoren SABA |
Bersiar-siar bersama rakan bisnes di Beijing Lu |
Barangan English Collection yang terdapat di Guangzhou |
Canton Tower yang harus di lawati di Guangzhou
tahniah tuan nik......
ReplyDeletesaya mmg berminat dgn aksesori baju dan tudung,boleh tak sy nak tahu berapa kos untuk ke sana(pakej yg Tn Nik buat?)
ReplyDeletecik puan nurul:memang terdapat banyak aksesori yang di sebutkan tadi di kawasan daerah Zhongda. Kos trip saya akan emailkan kepada cik puan. Mohon di berikan email.
ReplyDeletemy email...ni82470@gmail.com
ReplyDeletetq