16 June 2011

Trip ke Saigon,Vietnam

Assalamualaikum sahabat yang di rahmati Allah semua,

Alhamdulillah trip memborong ke Saigon pada minggu lepas telah berjaya mengumpulkan seramai 18 orang rakan bisnes. Kami menginap  selama 3 Hari 2 Malam di Hotel An Tam yang lokasinya hanya seminit perjalanan ke pasar Ben Than. Di temani 3 orang trainer yang berpengalaman luas, rakan bisnes di bawa ke merata tempat memborong mengikut kemahuan dan target bisnes mereka.
Tempat yang 'wajib' bagi rakan bisnes kami adalah Pasar Ben Thanh, Butik pakaian, Kedai Hajjah Basiroh, Cholon Market dan banyak lagi. Kebanyakan rakan bisnes yang rata-ratanya kali pertama berkunjung ke Vietnam telah mencuba skil 'tawar menawar' masing-masing. Ada yang mendapat harga yang rendah namun ada juga yang membayar dengan harga 'biasa' sahaja. Jadi, skil ini masih perlu di asah lagi.
Sebelah malamnya kami menikmati makan malam di Restoren Vien Halal dan Restoren Shamsuddin yang masakannya memenuhi selera rakan-rakan bisnes kami. Selesai menjamu selera, kami kembali 'bershopping' di Night Market sehingga lewat malam.

Antara barangan yang sempat di borong adalah seperti baju kurung bermanik, kain pasang, telekung, jubah moden, beg kembara dan lain-lain lagi. Semua barang rakan-rakan bisnes dimana barang mereka terlebih muatan telah di hantar melalui kargo (laut) ke Malaysia di mana penghantarannya hanya mengambil masa paling lewat 2 minggu.

Baju Kurung Bermanik RM 130
                                                           
   Jubah Moden RM 60


Jubah Moden RM 60

Beg North Face Original RM 130

Beg North Face 'Surge' Original RM 130

Beg North Face Isian 80Liter RM 170

Beg North Face 'Heckler' Original RM 135

Saya berharap semoga semua rakan bisnes kami gembira dan telah menemui barangan yang di hajati. Doa saya semoga rakan bisnes semua mendapat keredhaan Allah dengan setiap bisnes yang mereka lakukan. Insyaallah.

Trip saya bersama Great Minds ke Saigon yang seterusnya  adalah pada 9hb - 11hb Julai 2011. Jom sertai kami memborong ke Vietnam. Rasailah pengalaman sendiri berurusan dengan peniaga di sana dan dapatkan keuntungan maksimum dengan mendapatkan bekalan terus dari Vietnam.

Saya bersama Great Minds Training and Consultancy juga mengendalikan kursus borong Vietnam pada hari Ahad, 19hb Jun nanti di Dewan Ainon Mohd, Wangsa Maju jam 2-6 petang. Segala tips dan penerangan mengenai bisnes borong akan di kupas di dalam kursus kami nanti. Lakukan persediaan awal sebelum turun padang agar tidak terkapai-kapai bila berada di sana nanti.

Salam hormat dari saya. Saya tunjukkan jalan, sahabat yang tentukan arah tuju!

Wassalam.

6 June 2011

Trip Memborong ke Saigon, Vietnam

Assalamualaikum sahabat semua,

Bulan Jun merupakan bulan di mana satu catatan sejarah buat saya bersama rakan bisnes; G Minds Group kerana telah melancarkan satu destinasi borong yang baharu iaitu Saigon, Vietnam! Ya, Saigon,Vietnam. Trip pertama kami yang bakal berlangsung pada 11hb - 13hb Jun ini akan di sertai seramai 20 rakan bisnes yang buat julung kalinya bersama trip ini. Rakan bisnes kami akan di temani dengan 3 orang 'trainer' yang berpengalaman membimbing mereka semasa di Saigon nanti.

 
Dua beradik yang bakal mengegar dunia bisnes borong!
Apa ada di Vietnam? Ya, persoalan itu sering kali di tanya oleh rakan bisnes atau mereka yang ingin meneroka peluang perniagaan di sana. Izinkan saya berkongsi dengan sahabat semua tentang Bandar Saigon atau juga di kenali sebagai Bandar Ho Chi Minh; bandar yang sedang membangun pesat dan menjadi tumpuan pelancong dan pemborong.


Kesibukan di kota metropolitan Saigon
Kenapa Saigon? Kerana terdapat banyak peluang perniagaan yang di tawarkan di sini. Saigon terkenal dengan pakaian untuk wanita seperti telekung, tudung, baju kurung bermanik, jubah, kain sutera Vietnam, kain 'cotton' dan banyak lagi. Pendek kata ianya memang syurga membeli belah untuk kaum wanita.


Stok pakaian wanita di Butik Mai Saigon


Pakaian kebangsaan Vietnam
Untuk kaum lelaki? Terdapat beberapa pilihan barangan sesuai untuk lelaki seperti baju dan seluar berjenama seperti Adidas, Nike, Timberland, Abercrombie, Gap, Guess, Callaway dan lain-lain. Berbagai jenama 'backpack' yang sesuai di bawa ke pejabat atau mendaki gunung seperti Deuter, North Face, High Sierra, Jack Wolfskin dan banyak lagi. Semua ini di datangkan dengan harga yang amat berpatutan.


Koleksi 'backpack' di Bagvina
Tempat memborong di Saigon? "A Must Visit" adalah Pasar Ben Thanh, Bien Thay, Saigon Square, Russian Market dan butik-butik menjual pakaian wanita seperti Mai Saigon, Minh dan lain-lain. Semua tempat ini merupakan kawasan membeli belah kepada para pelancong dan pemborong terutamanya orang Malaysia. Jangan lupa 'Night Market' yang hanya terletak beberapa meter sahaja dari tempat hotel kami menginap. Macam-macam ada!

Cho Binh Tay

Choi Ben Thanh



Peniaga di sana yang amat mesra belaka

Makanan Halal? Tiada masalah langsung. Terdapat lebih kurang 5 restoren makanan halal di Vietnam seperti Vien Halal, Bombay Restaurant dan beberapa restoren berdekatan dengan Masjid Vietnam.

Kami berharap rakan niaga kami akan mendapat semua barangan yang di hajati untuk memulakan perniagaan mereka! Hubungi saya melalui email nikazimi@yahoo.com atau bisnesborongvietnam.com atau di Facebook; Nik Azimi Nik Supian atau Great Minds Training and Consultancy.

Kita jumpa di Saigon!

-Wassalam-

Di sini bermulanya 'survivor mode'


Untuk kelainan boleh mencuba membonceng motosikal juga