31 July 2011

Salam Ramadhan dan Trip ke Saigon (Julai 2011)

Assalamualaikum sahabat semua,

Mohon maaf kerana agak lama saya tidak menulis entri terutama untuk bulan Julai ini kerana mungkin kerana faktor kesibukan dan 'kemalasan'. Terlebih dahulu, syukur kepada Allah saya panjatkan kerana dengan izinNya saya bertemu lagi dengan bulan Ramadhan yang mulia ini. Kepada semua sahabat, selamat berpuasa saya ucapkan yang akan kita tempuhi bermula pada 1hb Ogos 2011 (esok).

Trip ke Saigon pada bulan Julai telah berlangsung pada 9-11 Julai dan 28-30 Julai 2011. Seramai 12 rakan bisnes yang menyertai trip ini. Trip dalam skala kecil (iaitu 6 orang per trip) amat mudah untuk di uruskan berbanding dengan trip yang ramai (melebihi 20 orang).


Bergambar di Taka Plaza

Memborong di Mai Saigon. Jom masuk!

Makan malam di VN Halal

Antara koleksi terkini di butik yang di kunjungi

Jubah kaftan yang semakin di minati ramai

Lautan baju kurung untuk di pilih!


'Packing time'!

Kanak-kanak mengaji di Surau Nourul Ehsan

Surau Nourul Ehsan di Saigon

Untuk trip kali ini kami (Great Minds) membawa rakan bisnes kami ke tempat- tempat borong seperti di Pasar Bienh Than, Russian Market, butik-butik pakaian muslimah serta beberapa tempat borong yang tidak kurang hebatnya. Trip pada 9-11 Julai, kebanyakan rakan bisnes kami banyak memborong pakaian muslimah seperti tudung, baju kurung, telekung, baju kanak-kanak dan berbagai barangan lagi. Kali ini kami menggunakan pengangkutan udara untuk menghantar barangan kami ke Malaysia. Hanya mengambil masa 2 ke 3 hari sahaja untuk sampai ke Malaysia (perkhidmatan pintu ke pintu) walaupun rakan bisnes kami ada yang tinggal sejauh di Bintulu, Sarawak.



Trip yang terakhir sebelum Ramadhan adalah pada 28-30 Julai 2011. Trip yang lebih kepada membeli belah untuk menyambut hari raya pada mulanya tetapi ia berakhir dengan membeli belah dengan amat 'sakan' sekali. Saya suka! Sebanyak 150kg di bawa bersama ke Malaysia oleh rakan-rakan bisnes kami. Antara tempat-tempat baru yang di terokai adalah barangan aksesori basikal, beg dan lain-lain lagi. Walaupun agak jauh dari District 1, tetapi agak berbaloi. Sempat juga kami bersembahyang Jumaat di Masjid di sekitar Ward 12, Saigon. Ramai juga orang islam daripada komuniti melayu Champa tinggal di sini. Kali ini kami mencuba makan di Restoren Halal Saigon pula. Makanannya amat sedap sekali dan telur dadarnya adalah amat unik (mesti cuba). Kami makan durian serta di hidangkan dengan budu, ya budu oleh tuan rumah yang kami kunjungi. Jangan terkejut semua, di Vietnam juga ada budu!


Ada budu di hidangkan. Saya teruja!

Makan tengahari di Halal Saigon

Bersama askar-askar Vietnam di Tugu Ho Chi Minh
Uniknya kabel elektrik dan telefon di Saigon
Baju 'paintball' juga ada di Saigon!
Puan Normizan di Tugu Ho Chi Minh

Antara koleksi beg yang di borong!





Walaupun semasa pulang kami di tahan kastam Malaysia, tetapi semuanya berpuashati dengan barangan yang di perolehi. Insya-Allah trip kami yang seterusnya adalah pada 24-26 September 2011.

Sehingga berjumpa lagi di lain waktu.

Salam Ramadhan!

Wassalam.