1 August 2012

Mac - Menjelajah Negara Kemboja, Vietnam dan China (Bahagian 1)

Salam sejahtera semua,

Doa saya semoga sahabat semuanya di rahmati Allah.

Mac - Bulan yang paling sibuk bagi saya dan Tim Great Minds. Awal Mac kami ke negara Kemboja atau Cambodia untuk meninjau potensi berbisnes di sana. Hmm..nampaknya kebanyakan barangan di sana agak mahal berbanding di Vietnam. Pakaian terpakai atau 'bundle' dan pakaian kanak-kanak yang 'overrun stock' banyak kedapatan dan murah sekali di samping cenderahati yang agak murah dan cantik. Selain dari itu, Kemboja adalah sebuah negara yang sedang melalui proses pembangunan. Bayangkan Malaysia di awal tahun 80an. Itulah Kemboja.

Penjelajahan kami bertumpu kepada mencari komuniti Islam di sana. Alhamdulillah kami berkesempatan untuk bersama-sama dengan komuniti Islam di sana, beramah mesra dan melawat perkampungan Islam dan masjid-masjid di sana.

Makanan halal ada kedapatan di sana seperti D'Wau Restoren, Asmak 81 dan beberapa kedai lagi. Oh ya, KFC di Kemboja adalah halal! Tiada masalah jika tidak menjumpai kedai lain.



Dari lapangan terbang menaiki tut-tut ke hotel

Suasana di pasar malam. Agak meriah dengan kehadiran kelkatu...:)

Matawang Kemboja "Riel" (KHR)

Masjid Hijau di Batu 9, Phnom Penh

Anak-anak Muslim Kemboja

Hebat!

'Etok' ada di jual di Kemboja..

Menyusuri Sungai Mekong dengan feri

Psar Thmei

Masjid di Phnom Penh....seiras Masjid Sultan Salahuddin

Bangunan kerajaan "Putrajaya Kemboja"


Aksesori dari haiwan eksotik

Projek Masjid Baru di Phnom Penh

Seluar 'bundle' amat murah di sana...

10-12 Mac 2012 - Trip Borong ke Saigon kali ini di sertai oleh 15 orang rakan bisnes kami. Rata-rata bertumpu kepada persiapan untuk jualan di bulan ramadhan nanti. Beberapa tempat borong yang biasa kami kunjungi untuk membawa rakan bisnes kami.Berbaloi baloi


 
Makan malam di Restoren Shamsuddin

Timbunan kain ela untuk di pilih..

Menaiki bas ke tempat memborong

29 Mac- 2 April pula saya ke Guangzhou menjadi trainer bersama Tim Great Minds dengan membawa 45 peserta dalam rombongan kami. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.




Wantong - Pusat Memborong Pakaian





Dress ala Korea...untuk Non - Muslim


Berbagai kekacang di jual di Guangzhou

Mesin pemerah limau. Hasilnya..jus limau yang segar!

Alahai...terasa waktu yang berlalu amat pantas sekali. Saya bermohon supaya Allah lapangkan segala urusan dan ibadah kami dengan teratur. Ameen.

Sehingga jumpa lagi di bulan April!

-Wassalam-

NIK