30 December 2012

Selamat Tinggal 2012 Yang Hebat!

Assalamualaikum Tuan Puan yang di muliakan,

Tahun 2012 telah sampai ke penghujungnya. Berbagai peristiwa suka duka yang boleh saya coret dan kongsikan dengan sahabat semua. Semoga bermanafaat..

Sangat Suka:

1. Trip ke Saigon, Vietnam dan Guangzhou, China - Berjaya di langsungkan hampir setiap bulan dan hampir 500 usahawan berjaya di graduasikan melalui kaedah 'survivor mode' di mana kami  membawa rakan bisnes kami sekali sahaja dengan di ajar teknik untuk 'survive' di Vietnam dan China. Alhamdulillah, ramai berjaya dan kembali ke Vietnam dan China tanpa kami. Di doakan usahawan yang kembali ke Malaysia boleh menjalankan perniagaan seperti yang di idam! Saya suka!

'Survivor Mode' bermula sebaik menjejak kaki di Vietnam


2. Potensi bisnes yang amat luas yang terdapat di Saigon dan Guangzhou - Galilah potensi ini dan tuan puan akan berjumpa dengan bisnes yang akan merubah kehidupan tuan puan secara total! Setiap bulan, ada sahaja potensi baru untuk berbisnes. Ayuh bertindak!

Smoking Dress yang cantik!

Berbagai corak menarik!


3. Pembukaan Kedai di GM Kelang oleh Great Minds- InsyaAllah ianya menjadi pemangkin semangat untuk bekerja lebih kuat. Jom singgah ke kedai Hijabers Inc di Tingkat 2, No 86 ! Jualan secara borong dan runcit untuk tuan puan semua dengan harga yang berpatutan.

Hijabers - Tingkat 2, No 86


4. Perancangan untuk meluaskan skop borong ke bandaraya borong terbesar : Yiwu, China untuk tahun 2013. Tunggu pengumuman dari saya nanti! 'Stay Tuned'..




Kurang Suka:


1. Rakan bisnes yang tidak bertindak - Agak ramai rakan/alumni bisnes kami yang tidak meneroka sedalam-dalamnya potensi bisnes di Saigon dan Guangzhou atau tidak membuat tindakan susulan sekembalinya ke Malaysia . Amat rugi jika peluang ini di persiakan. Ayuh bangkit dengan berani!

2. Masa yang berlalu - Saya amat merasa kerugian andai masa sengang kita di habiskan dengan melakukan kerja yang melekakan atau melarikan fokus kita dari bisnes. Fokus dan tetapkan prioriti kita. Insyaallah kita akan BERJAYA!

3. Sikap mengambil kesempatan - Sesetengah rakan bisnes perlu faham konsep orang berbisnes. Setiap upah atau khidmat untuk membeli barangan yang di kirim adalah perkara biasa di dalam bisnes. Harus di ubah mentaliti yang menginginkan perkhidmatan secara percuma atau upah mengikut selera kita. Jika tidak mahu membayar khidmat, eloklah ke Vietnam atau ke China sendiri dan kita akan tahu betapa susahnya menolong membeli barangan orang lain. Ubah mentaliti!

Koleksi tudung yang menawan!

Info: Semakin banyak restoren halal di buka sekitar Pasar Benh Thanh seperti Kedai Abang & Adik (Kopinya amat KAW sekali), Restoren Saigon Green House (sebelah butik Mai Saigon) dan beberapa restoren halal lagi yang saya lupa namanya. 

Kopinya TERBAIK!

Masih belum di rasa masakannya..


Di doakan tahun 2012 memberi seribu rahmat dan kedatangan tahun 2013 memberi sejuta sinar dan harapan!


Jumpa semula di tahun 2013!

-Wassalam-
nikazimi75@gmail.com / bisnesborongvietnam@gmail.com


Ramadhan dan Butik Mawar Merah

Salam sejahtera dan salam Ramadhan yang mulia buat sahabat semua,

Alhamdulillah, di panjangkan umur kita untuk bertemu kembali bulan Ramadhan, bulan seribu rahmat. Bulan yang mana semua amalan kebaikan kita di gandakan Allah. Selamat berpuasa dan beribadat di ucapkan kepada tuan/puan semua. Saya mendoakan ibadat yang di lakukan sepanjang bulan yang mulia ini di terima Allah 100%. Ameen. 

Oh ya, saya juga menjual jubah berjenama Al-Haramain dan beberapa jenama lain secara borong. Hubungi saya untuk tempahan dan harga di jamin berpatutan..:)


Sifu Bisnes Borong China menggayakan jubah Al-Haramain



Bulan ini juga Facebook Butik Mawar Merah mula memasarkan Koleksi Baju Kurung kami untuk jualan borong. Mohon ke laman Facebook kami " Butik Mawar Merah" untuk melihat koleksi terbaru kami. Hubungi kami untuk membeli secara borong dan runcit. InsyaAllah harga yang menarik kami tawarkan kepada sahabat semua. Tuan/puan juga boleh emelkan kepada kami di butikmawarmerah@gmail.com untuk sebarang persoalan.


Jubah dengan manik yang eksklusif!


Jubah Ber'Hud' dari Butik Mawar Merah



Selamat berbuka puasa kepada semua...Yusof Taiyyob (nada berbisik..:) )

*Tips - Layanan dan komunikasi dengan pelanggan yang membezakan antara kedai atau butik kita dengan yang lain. Layanilah pelanggan kita ibarat raja. Tak percaya? Cuba dahulu!

- WassalaM-

nikazimi75@gmail.com @ Butik Mawar Merah

Trip Ke China dan Vietnam Sebelum Ramadhan

Salam sejahtera dan salam satu inspirasi kepada sahabat semua,

Alhamdulillah, Jun merupakan bulan yang paling sibuk untuk saya mengendalikan bisnes borong Vietnam. Permintaan yang amat tinggi untuk ke Saigon sebelum Ramadhan, membuatkan kami membuka satu lagi trip khas buat rakan-rakan bisnes kami. Ia menjadikan 2 kali trip dalam bulan Jun sahaja. WOW! 

Alhamdulillah, rakan bisnes seramai 37 orang untuk satu trip  telah memadamkan rekod sebelumnya. Saya teruja dengan sambutan yang hebat ini. Kebanyakan rakan bisnes kami memborong barangan sebagai persediaan untuk berjualan di bulan Ramadhan. Seperti yang tuan/puan sedia maklum, jualan di bulan Ramadhan menjana keuntungan yang berlipat kali ganda berbanding bulan-bulan lain. Rebutlah peluang yang terbuka ini. 

Lawati laman kami di www.bisnesborongvietnam.com untuk keterangan lanjut mengenai trip ke Saigon, Vietnam.

37 rakan bisnes yang hebat ikut serta!

17 rakan bisnes yang hebat!

Suasana di kedai borong kain!

Pengarah tersohor!

Kreatif!


Hotel baru di District 1...cantik!


Barangan untuk di bawa pulang juga amat banyak. Hampir 30 karton di hantar melalui kapal laut. Saya mendoakan rakan bisnes kami mendapat pulangan keuntungan berlipat kali ganda. Ameen.

Saya menempah hampir 1000 pasang baju kurung untuk jualan borong di Malaysia pada ramadhan nanti. Tempahan biasanya akan mengambil masa sebulan ke 2 bulan  untuk di siapkan (jika kurung bermanik). Jika kurung tanpa manik hanya 2 ke 3 minggu boleh di siapkan untuk kuantiti 300-500 pasang.

Trip saya ke China kali tanpa membawa peserta dan hanya untuk menguruskan tempahan rakan bisnes kami yang mahukan pakaian dan kasut. Trip cuti sekolah sememangnya agak padat dengan pemborong dan pelancong yang berkunjung ke Guangzhou.


Nanfangdasha

ZanXi Lu di awal waktu pagi..aneh kan?

Sifu borong China - Tuan Khairul

Ceri yang amat segar dan lazat!







*Tips Saigon - Passport di galakkan untuk di simpan di kaunter hotel bagi mengelakkan kehilangan jika ada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Hanya bawa kad hotel bersama tuan/puan jika di periksa oleh pihak berkuasa sana. Selamatkah di letakkan di hotel? InsyaAllah selamat.

Sehingga jumpa lagi di bulan Ramadhan!

Saya suka!

-WassalaM-

nikazimi75@gmail.com

APRIL dan MEI- Semakin Rancak Berbisnes


Salam sejahtera semua,

Doa saya semoga sahabat semuanya di rahmati Allah. Agak lama sudah tidak menulis di blog ini di atas kekangan masa. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan untuk menulis kembali.

Trip bulan April dan Mei menghimpunkan seramai 20 rakan bisnes baru kami. Kebanyakannya adalah peniaga kecil-kecilan yang ingin meninjau potensi berbisnes di Saigon. Ada juga yang baru ingin menceburi bidang yang bakal menjanjikan keuntungan lumayan jika kena gayanya. Potensi jualan untuk ramadhan sudah bermula di sini. Ramai peniaga di Malaysia sudah membuat tempahan!


Alumni trip ke Saigon Mei 2012


Alumni trip ke Saigon April 2012





Tempahan baju yang di buat di Vietnam sudah siap beserta dengan label kami. Alhamdulillah,kami berpuashati meskipun kos 'shipping' di Vietnam agak mahal berbanding China. USD 300 (Door to door service) + tax untuk 1 CBM (400 pasang). Jadi kos 'shipping' untuk sehelai baju lebih kurang RM 3.5 -  5. Masih lagi berbaloi.


Tempahan Kurung Chiffon yang telah siap!




"Roti Burger" Vietnam yang sedap!


Label untuk jenama kami "Mawar Merah Collection"




Pintu Gerbang "Russia - Vietnam"


Bulan April juga adalah bulan peperiksaan bagi saya. Semester yang terakhir sebelum saya menamatkan pengajian di Peringkat Sarjana. Sibuk dengan trip, tugasan dan keluarga membuat hidup saya terasa penuh terisi. Saya suka situasi ini. Doakan yang terbaik untuk saya!

Bermain bowling untuk hilangkan tekanan menjelang peperiksaan.


Jumpa lagi! Wassalam.

nikazimi75@gmail.com / Facebook: Nik Azimi Nik Supian @ Butikmawarmerah