30 December 2012

APRIL dan MEI- Semakin Rancak Berbisnes


Salam sejahtera semua,

Doa saya semoga sahabat semuanya di rahmati Allah. Agak lama sudah tidak menulis di blog ini di atas kekangan masa. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan untuk menulis kembali.

Trip bulan April dan Mei menghimpunkan seramai 20 rakan bisnes baru kami. Kebanyakannya adalah peniaga kecil-kecilan yang ingin meninjau potensi berbisnes di Saigon. Ada juga yang baru ingin menceburi bidang yang bakal menjanjikan keuntungan lumayan jika kena gayanya. Potensi jualan untuk ramadhan sudah bermula di sini. Ramai peniaga di Malaysia sudah membuat tempahan!


Alumni trip ke Saigon Mei 2012


Alumni trip ke Saigon April 2012





Tempahan baju yang di buat di Vietnam sudah siap beserta dengan label kami. Alhamdulillah,kami berpuashati meskipun kos 'shipping' di Vietnam agak mahal berbanding China. USD 300 (Door to door service) + tax untuk 1 CBM (400 pasang). Jadi kos 'shipping' untuk sehelai baju lebih kurang RM 3.5 -  5. Masih lagi berbaloi.


Tempahan Kurung Chiffon yang telah siap!




"Roti Burger" Vietnam yang sedap!


Label untuk jenama kami "Mawar Merah Collection"




Pintu Gerbang "Russia - Vietnam"


Bulan April juga adalah bulan peperiksaan bagi saya. Semester yang terakhir sebelum saya menamatkan pengajian di Peringkat Sarjana. Sibuk dengan trip, tugasan dan keluarga membuat hidup saya terasa penuh terisi. Saya suka situasi ini. Doakan yang terbaik untuk saya!

Bermain bowling untuk hilangkan tekanan menjelang peperiksaan.


Jumpa lagi! Wassalam.

nikazimi75@gmail.com / Facebook: Nik Azimi Nik Supian @ Butikmawarmerah

No comments:

Post a Comment