30 December 2012

Trip Ke China dan Vietnam Sebelum Ramadhan

Salam sejahtera dan salam satu inspirasi kepada sahabat semua,

Alhamdulillah, Jun merupakan bulan yang paling sibuk untuk saya mengendalikan bisnes borong Vietnam. Permintaan yang amat tinggi untuk ke Saigon sebelum Ramadhan, membuatkan kami membuka satu lagi trip khas buat rakan-rakan bisnes kami. Ia menjadikan 2 kali trip dalam bulan Jun sahaja. WOW! 

Alhamdulillah, rakan bisnes seramai 37 orang untuk satu trip  telah memadamkan rekod sebelumnya. Saya teruja dengan sambutan yang hebat ini. Kebanyakan rakan bisnes kami memborong barangan sebagai persediaan untuk berjualan di bulan Ramadhan. Seperti yang tuan/puan sedia maklum, jualan di bulan Ramadhan menjana keuntungan yang berlipat kali ganda berbanding bulan-bulan lain. Rebutlah peluang yang terbuka ini. 

Lawati laman kami di www.bisnesborongvietnam.com untuk keterangan lanjut mengenai trip ke Saigon, Vietnam.

37 rakan bisnes yang hebat ikut serta!

17 rakan bisnes yang hebat!

Suasana di kedai borong kain!

Pengarah tersohor!

Kreatif!


Hotel baru di District 1...cantik!


Barangan untuk di bawa pulang juga amat banyak. Hampir 30 karton di hantar melalui kapal laut. Saya mendoakan rakan bisnes kami mendapat pulangan keuntungan berlipat kali ganda. Ameen.

Saya menempah hampir 1000 pasang baju kurung untuk jualan borong di Malaysia pada ramadhan nanti. Tempahan biasanya akan mengambil masa sebulan ke 2 bulan  untuk di siapkan (jika kurung bermanik). Jika kurung tanpa manik hanya 2 ke 3 minggu boleh di siapkan untuk kuantiti 300-500 pasang.

Trip saya ke China kali tanpa membawa peserta dan hanya untuk menguruskan tempahan rakan bisnes kami yang mahukan pakaian dan kasut. Trip cuti sekolah sememangnya agak padat dengan pemborong dan pelancong yang berkunjung ke Guangzhou.


Nanfangdasha

ZanXi Lu di awal waktu pagi..aneh kan?

Sifu borong China - Tuan Khairul

Ceri yang amat segar dan lazat!







*Tips Saigon - Passport di galakkan untuk di simpan di kaunter hotel bagi mengelakkan kehilangan jika ada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Hanya bawa kad hotel bersama tuan/puan jika di periksa oleh pihak berkuasa sana. Selamatkah di letakkan di hotel? InsyaAllah selamat.

Sehingga jumpa lagi di bulan Ramadhan!

Saya suka!

-WassalaM-

nikazimi75@gmail.com

No comments:

Post a Comment